fb fb fb fb fb

Angka korban gempa di Turkiye, Syria cecah lebih 33,000

DAMASCUS, 13 Februari- Jumlah korban akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria mencecah melebihi 33,000 dan dijangka terus meningkat.

Peluang untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat juga semakin tipis.

Hampir 30,000 mangsa terbunuh di Turkiye manakala lebih 3,500 orang lagi maut di Syria.

(Salah seorang mangsa gempa bumi yang terselamat / Foto REUTERS)

Menurut kemas kini Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), lebih 115 sekolah di Syria musnah manakala beratus-ratus lagi mengalami kerosakan.

Jandaris antara kawasan di Syria yang mengalami paling banyak kemusnahan bangunan.-REUTERS

Media Baharu