fb fb fb fb fb

Mangsa gempa bimbang, kes curi makin meningkat

ISKENDERUN, 13 Februari- Pemilik perniagaan di bandar Antakya di Turkiye mengosongkan kedai pada Ahad untuk mengelakkan barangan mereka dicuri selepas gempa bumi yang memusnahkan bandar itu minggu lalu.

Keadaan keselamatan menjadi tidak terkawal apabila terdapat individu mencuri barangan daripada runtuhan bangunan.

Beberapa penduduk yang kehilangan tempat tinggal berkata, barang berharga mereka termasuk emas dicuri.

Pemilik kedai elektronik, Yüksel Uzun, berkata, dia terpaksa memindahkan barangan seperti pengecas dan sarung telefon ke dalam trak kerana bimbang dicuri.

“Kedai kami rosak dan pencuri telah mengambil barangan kami.

Kami mengambil apa yang ditinggalkan oleh mereka untuk disimpan," katanya.

Tambah Uzun, dia pernah melihat pasar raya, farmasi, dan pelbagai perniagaan lain dipecah masuk.

(Pemilik perniagaan memindahkan barangan mereka dari kedai ke dalam trak
untuk mengelak daripada dicuri / Foto REUTERS)

Sementara itu, pemilik kedai tekstil borong, Mehmet Dilmez berkata, perompak telah memasuki kedainya melalui bahagian belakang selepas bangunan runtuh di kawasan sekitar.

“Mereka tidak mengambil banyak barangan saya, tetapi mereka ambil 70,000 lira daripada laci, "katanya.

Kehadiran tentera dan polis di Antakya telah meningkat sejak beberapa hari lalu selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi.

Peningkatan kes kecurian telah mencetuskan sentimen antipendatang di bandar Turkiye.-REUTERS

Media Baharu