fb fb fb fb fb

Lindungi hak rakyat, Palestin rayu keahlian penuh PBB

FOTO AFP

KAHERAH, 13 Februari- Pihak Berkuasa Palestin (PA) akan merayu kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima pakai resolusi yang memastikan penyelesaian dua negara.

Ia boleh direalisasi dengan memberikan Palestin keahlian penuh dalam pertubuhan itu.

Presidennya, Mahmoud Abbas berkata teks resolusi itu harus menekankan penamatan tindakan unilateral dan aktiviti penempatan, melebihi segalanya.

Tegasnya, Palestin berhak dan akan terus memohon kepada mahkamah dan organisasi antarabangsa untuk melindungi hak rakyatnya.

Beliau berucap demikian ketika Persidangan Baitulmaqdis di Kaherah, ibu pejabat Liga Negara Arab.

Pada akhir Disember 2022, Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi yang menyeru Mahkamah Keadilan Antarabangsa menilai akibat dari segi undang-undang mengenai pendudukan Israel di wilayah Palestin termasuk Baitulmaqdis Timur.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu