fb fb fb fb fb

Ratusan penyokong Presiden Korea Selatan berhimpun bantah penahanan

FOTO REUTERS

GWACHEON, 15 Januari - Penyokong Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berhimpun di Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk memprotes selepas beliau ditahan dalam siasatan jenayah atas dakwaan pemberontakan pada Rabu.

Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat CIO sambil mengibarkan bendera Korea Selatan dan Amerika Syarikat serta memegang poster bertulis slogan "Stop the Steal" merujuk kepada dakwaan penipuan pilihan raya oleh Yoon yang tidak berasas.

Dakwaan tersebut adalah antara alasan yang diberikan Yoon untuk mengisytiharkan undang-undang tentera, namun hanya bertahan dalam tempoh singkat.

Pihak berkuasa kini mempunyai masa 48 jam bagi menyoal siasat Yoon sebelum perlu mendapatkan waran untuk menahannya sehingga 20 hari atau membebaskannya.

Penahanan Yoon, yang merupakan pertama kali dalam sejarah bagi seorang Presiden Korea Selatan yang masih berkhidmat, adalah perkembangan terbaharu yang mengejutkan di salah satu demokrasi paling dinamik di Asia. - REUTERS

TETITIA YUSOFF