fb fb fb fb fb

Ratusan penduduk Jerman bantah sekatan COVID-19

FOTO: REUTERS

JERMAN, 14 Januari - Ratusan penunjuk perasaan di Jerman turun ke jalanan membantah arahan sekatan COVID-19 oleh kerajaan.

Kumpulan tersebut berarak di sekitar Dresden tanpa memakai pelitup muka, dan tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Undang-undang Kerajaan Negeri melarang perhimpunan awam melebihi 10 orang.

Mereka tidak ditahan, namun butiran peribadi serta gambar dirakam pihak berkuasa.

Polis melaporkan kira-kira 45 kesalahan dilakukan kumpulan tersebut terhadap arahan langkah sekatan yang dikenakan. - REUTERS

 

Media Baharu