fb fb fb fb fb

Mandat ujian COVID-19 untuk pekerja swasta di AS, disekat


FOTO: AFP

AMERIKA SYARIKAT, 14 Januari - Mahkamah Agung Amerika Syarikat memberi tamparan kepada Presiden Joe Biden apabila menyekat mandat vaksinasi atau ujian COVID-19 untuk pekerja swasta dalam sektor perniagaan besar.

Pada masa sama membenarkan mandat vaksinasi untuk kira-kira 10 juta pekerja penjagaan kesihatan di kemudahan yang menerima pembiayaan persekutuan.

Mahkamah memutuskan perkara itu selepas mengesahkan mandat Biden tidak berperlembagaan.

Biden dalam reaksinya kecewa kerana keputusan terbabit menyekat keperluan menyelamatkan nyawa pekerja dalam sektor perniagaan besar. - AFP

Media Baharu