fb fb fb fb fb

Perisik China dikesan dalam Parlimen UK, campur tangan aktiviti politik

FOTO AFP

LONDON, 14 Januari- Perkhidmatan risikan Britain memberi amaran kepada ahli parlimen United Kingdom (UK) bahawa mereka mengesyaki perisik China beroperasi di parlimen untuk cuba menggugat kestabilan dan mengganggu sistem demokrasi Britain.

Speaker Dewan Rakyat, Lindsay Hoyle mengesahkan perkara itu dan telah memaklumkan kepada ahli parlimen selepas berunding dengan perkhidmatan risikan Britain.

"Speaker mengambil serius tentang keselamatan ahli parlimen serta proses demokrasi, itu sebabnya notis dikeluarkan selepas berunding dengan agensi risikan Britain," kata jurucakap Hoyle.

Kedutaan China di London menafikan tuduhan itu dan berkata "kami tiada keperluan dan tidak pernah berusaha 'membeli pengaruh' dalam parlimen negara asing.

"Kami secara tegas akan menentang muslihat, fitnah dan ugutan terhadap masyarakat Cina di UK," tambahnya.

Agensi risikan itu menamakan suspek sebagai Christine Lee, menyatakan wanita itu secara sengaja campur tangan dalam aktiviti politik bagi pihak Jabatan Kerja Barisan Bersatu Parti Komunis China."

Peguamcara berpangkalan di London itu dikatakan menderma £200,000 ($275,000, 239,000 Euro) kepada bekas anggota kabinet bayangan Parti Buruh, Barry Gardiner dan ratusan ribu pound kepada partinya.

Bekas Perdana Menteri Theresa May -- turut dituduh mendapat manfaat jutaan wang Rusia selepas memberi anugerah kepada Lee pada 2019 untuk mengiktiraf sumbangannya kepada hubungan China-UK.

Lee juga pernah bergambar dengan bekas Perdana Menteri David Cameron dalam satu acara pada 2015 juga dengan bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn.

"Lee memudahkan sumbangan kewangan kepada ahli parlimen yang bercita-cita tinggi bagi pihak warga asing yang berpangkalan di Hong Kong dan China," menurut nota Speaker, memetik laporan media Britain.

"Langkah itu dilakukan secara rahsia bagi mengelak bukti pembayaran dikesan. Tingkah laku itu jelas tidak boleh diterima dan langkah sedang diambil untuk memastikan ia diberhentikan," tambahnya. -AFP

Media Baharu