fb fb fb fb fb

Sudah kesuntukan masa untuk menyelamatkan rundingan perjanjian nuklear Iran - AS

FOTO AFP

WASHINGTON, 14 Januari- Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi untuk menyelamatkan perjanjian nuklear Iran dan Amerika Syarikat sudah bersedia untuk 'pilihan lain' jika rundingan gagal, menurut Setiausaha Negara, Antony Blinken.

Rundingan bagi memulihkan perjanjian 2015 antara Tehran dan kuasa dunia -- Amerika Syarikat, Perancis, Britain, Rusia, China dan Jerman, bermula tahun lalu namun terhenti pada Jun selepas Iran memilih tokoh ultra konservatif Ebrahim Raisi sebagai presiden.

Rundingan itu kemudian disambung semula pada November lalu.

"Kami ada, Saya fikir hanya tinggal beberapa minggu lagi untuk melihat sama ada kami boleh kembali kepada pematuhan bersama," kata Blinken dalam temu bual bersama stesen radio awam AS NPR.

"Kami sangat kesuntukan masa kerana Iran semakin hampir ke tahap di mana mereka boleh menghasilkan bahan untuk senjata nuklear", katanya.

Menurut diplomat tertinggi AS, Tehran telah mencapai kemajuan dalam teknologi nuklear yang menyebabkan sukar dihentikan kerana telah menerokai perkara baharu setelah mereka keluar daripada perjanjian.

Perjanjian Nuklear Iran 2015, membolehkan Iran tidak dikenakan sekatan antarabangsa yang telah melumpuhkan ekonomi negara dan sebagai balasan program nuklear Iran perlu dihentikan.

Namun, tindakan sepihak presiden AS Donald Trump menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 mendorong Tehran untuk menarik komitmennya. -AFP

Media Baharu