fb fb fb fb fb

Ratusan migran diselamatkan di perairan Kepulauan Canary

Pasukan penyelamat Sepanyol membantu kumpulan yang terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi itu turun dari kapal dengan beberapa individu dilaporkan memerlukan rawatan perubatan segera/Foto REUTERS

GRAN CANARIA, 25 Ogos – Seramai 248 migran, termasuk seorang bayi yang baru lahir, berjaya diselamatkan pada Ahad berhampiran Kepulauan Canary sebelum dibawa ke pelabuhan Arguineguín, di pulau Gran Canaria.

Pasukan penyelamat Sepanyol membantu kumpulan yang terdiri daripada lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi itu turun dari kapal dengan beberapa individu dilaporkan memerlukan rawatan perubatan segera.

Menurut data terkini Kementerian Dalam Negeri Sepanyol Ogos lalu, jumlah migran yang tiba melalui laluan Atlantik menurun sebanyak 46.7% berbanding tahun 2024, yang mencatat rekod tertinggi dalam sejarah.

Bagaimanapun, laluan dari Afrika Barat ke Kepulauan Canary kekal sebagai antara yang paling berbahaya di dunia bagi pendatang tanpa izin.

Sebahagian besar migran menggunakan rakit, bot getah dan perahu tradisional yang mudah terbalik apabila berdepan cuaca buruk dan laut bergelora.

Laluan Atlantik terkenal dengan arus deras dan ombak besar, menyebabkan banyak tragedi berlaku sebelum ini. - REUTERS

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI