fb fb fb fb fb

Ratusan kes Cacar Monyet telah dikesan di luar Afrika

GENEVA, 2 Jun - Ratusan kes Cacar Monyet telah dikesan di negara-negara luar Afrika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO) memberi amaran bahawa virus mungkin telah merebak bawah radar pemerhatian.

Ketua Pengarah WHO, Dr Adhanom Ghebreyesus berkata, siasatan sedang dijalankan.

"Kemunculan serentak Cacar Monyet secara tiba-tiba di banyak negara menunjukkan mungkin terdapat penularan yang tidak dapat dikesan untuk beberapa tempoh", katanya.

(Ketua Pengarah WHO, Dr Adhanom Ghebreyesus/AFP)

Berita berkaitan WHO
WHO gesa tingkat pengawasan, bendung Cacar Monyet
Tidak perlu bimbang penularan cacar monyet, boleh pulih dalam tempoh beberapa minggu - WHO
Cacar Monyet: Ancaman sederhana kepada kesihatan global - WHO

Sejak Britain merekodkan kes pertama pada 7 Mei, lebih 550 kes disahkan Cacar Monyet dicatatkan di 30 buah negara bukan endemik virus tersebut.

Pakar kesihatan terkemuka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Rosamund Lewis berkata bahawa kemunculan begitu banyak kes di Eropah dan negara lain tidak pernah dilihat sebelum ini dan membimbangkan.

"Kami tidak tahu sama ada ia adalah minggu, bulan atau mungkin beberapa tahun," katanya sambil menambah bahawa "kami benar-benar tidak tahu sama ada sudah terlambat untuk dibendung".

'Monkeypox' berkaitan dengan cacar, yang membunuh berjuta-juta orang di seluruh dunia setiap tahun sebelum ia dihapuskan pada tahun 1980.-AFP

Media Baharu