fb fb fb fb fb

60 hingga 100 askar Ukraine terkorban di medan perang setiap hari

(Presiden Volodymyr Zelensky bercakap kepada media di bandar
Bucha, barat laut ibu kota Ukraine pada 4 April 2022/AFP)

WASHINGTON, 2 Jun - Antara 60 hingga 100 askar Ukraine terkorban di medan perang setiap hari. Manakala 500 yang lain cedera.

Dakwaan itu dibuat Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dalam satu temu bual dengan kumpulan media Amerika Syarikat, Newsmax yang dikeluarkan pada Rabu.

"Keadaan dan situasi di bahagian timur negara terutama di bandar Severodonetsk amat sulit.

"Kami kehilangan 60 hingga 100 askar setiap hari dan sekitar 500 orang cedera dalam peperangan," kata pemimpin berusia 44 tahun itu yang bercakap melalui jurubahasa.

Namun menurutnya, askar Ukraine masih kekal di perimeter pertahanan mereka.

(Mayat askar yang tidak dikenali berhampiran kapal pengangkut Kakitangan Berperisai Rusia (APC) yang
terbakar semasa berperang dengan angkatan tentera Ukraine di Kharkiv, pada 27 Februari 2022/AFP)

Dalam pada itu, petunjuk dari medan perang turut memperlihatkan Rusia juga mengalami kerugian besar.

Kerajaan Ukraine menganggarkan minggu lalu bahawa Rusia telah kehilangan lebih 30,000 askar sejak memulakan pencerobohan mereka pada 24 Februari.-AFP

Media Baharu