KIGALI, 9 Mac- Seorang pembunuh bersiri Rwanda dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas pertuduhan membunuh dan tuduhan lain selepas beberapa mayat ditemukan di dapur rumahnya.
Denis Kazungu, 34 tahun telah ditahan September tahun lalu selepas polis menemukan mayat yang ditanam di rumah sewanya di Kigali.
Dia mengaku membunuh 14 orang, termasuk seorang lelaki, mendakwa mereka telah menjangkitinya dengan HIV.
Kazungu juga mengaku bersalah atas 10 pertuduhan lain termasuk membunuh, merogol dan menyamar.
Menurut polis, Kazungu pernah ditahan Julai lalu kerana disyaki melakukan rompakan dan rogol, tetapi dilepaskan dan dibenar diikat jamin disebabkan kekurangan bukti.
Kazungu mengaku membunuh mangsanya, kebanyakannya pekerja seks
Laporan media di Rwanda mengatakan Kazungu telah memegang pelbagai pekerjaan, termasuk sebagai guru Bahasa Inggeris. - AFP