fb fb fb fb fb

Ratu Elizabeth II akan dimakam di samping Putera Philip

(FOTO AFP)

LONDON, 10 September - Ratu Elizabeth II akan dimakamkan di sebuah gereja kecil Raja George VI di Istana Windsor, Berkshire di England yang dijangka disempurnakan pada minggu depan.

Rancangan untuk pemakaman Ratu Elizabeth II kini sedang dilakukan ketika negara itu bersedih atas kehilangan ratu yang paling lama bertakhta dalam sejarah British dan akan dimakamkan di gereja tersebut.

Gereja kecil itu dinamakan sempena ayahandanya, Raja George VI dan dibina pada tahun 1969 di dalam Gereja Kecil St George yang utama.

(Ratu Elizabeth II akan dikebumikan di dalam sebuah gereja kecil di Istana Windsor,
Berkshire, England dijangka disempurnakan pada minggu depan / FOTO AFP)

Gereja berkenaan juga merupakan tempat pemakaman ayahanda dan bonda Ratu Elizabeth II.

Ayahandanya menjadi Raja England dari tahun 1936 hingga 1952.

Makamnya akan terletak bersebelahan dengan suaminya, mendiang Putera Philip yang meninggal dunia pada April tahun lalu.-AFP

Media Baharu