fb fb fb fb fb

Lawatan PBB ke Pakistan usaha tingkat bantuan mangsa banjir

(FOTO FAIL AFP)

ISLAMABAD, 10 September - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres merayu kepada dunia supaya membantu Pakistan yang hampir lumpuh susulan banjir teruk melanda negara itu.

Beliau meminta masyarakat antarabangsa supaya sama-sama membantu Pakistan bangkit daripada bencana iklim berkenaan.

Guterres melakukan lawatan kerja dua hari ke Pakistan bagi melihat sendiri kerosakan akibat banjir yang meragut nyawa ratusan orang serta menyebabkan setengah juta yang lain menjadi gelandangan.

Lawatan beliau itu dibuat kurang dua minggu selepas beliau merayu bagi dana kecemasan bernilai AS$160 juta untuk membantu penduduk terjejas.

(Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif (kanan) bercakap dengan Setiausaha AgungĀ PBB,
Antonio Guterres (Kiri) semasa pertemuan di rumah Perdana Menteri di Islamabad / FOTO AFP)

"Pakistan memerlukan sokongan kewangan yang besar untuk bertindak balas terhadap krisis ini yang telah menelan belanjanya mengikut beberapa anggaran yang saya dengar kira-kira US$30 bilion, dan sokongan itu amat diperlukan dan ia bukan soal penyatuan, ia adalah soal keadilan," kata Guterres.

Seorang pegawai Pakistan mengatakan pemulihan banjir itu memerlukan sekurang-kurangnya AS$10 bilion bagi membina semula serta membaiki infrastruktur yang rosak, serta telah mengorbankan hampir 1,400 orang.

Setakat ini, agensi PBB dan beberapa negara sudah menghantar bantuan.

Amerika Syarikat menyatakan bahawa ia akan memberi bantuan AS$30 juta untuk membantu penduduk terjejas banjir.-AFP

Media Baharu