fb fb fb fb fb

Amaran banjir di ibu kota Bangkok

(Foto hiasan)

BANGKOK, 9 September- Thailand naikkan amaran banjir di ibu kota Bangkok kerana lebih banyak hujan diramalkan dalam tempoh musim monsun.

Banyak jalan raya juga sudah digenangi air setinggi 30 sentimeter.

Kawasan yang terjejas termasuk bulatan Bang Khen dan jalan Chaeng Watthana serta Phahyon Yothin, menurut Administrasi Metropolitan Bangkok (BMA), lapor Bangkok Post.

Menurut Bangkok Post, Kerajaan Thai menyatakan bahawa semua terusan utama di Bangkok sudah dipenuhi air.

Kerja-kerja untuk mengalirkan sebahagian air itu ke laut dilihat tidak begitu berhasil.

Pihak berkuasa menyatakan longkang-longkang yang sudah usang dalam sistem saliran Bangkok tidak dapat menampung jumlah air hujan sekarang.

(Foto hiasan)

Media Baharu