fb fb fb fb fb

32 korban pusat karaoke di Vietnam

(Mangsa di wad di hospital Besar An Phu di wilayah Binh Duong, utara Bandaraya Ho Chi Minh/AFP)

VIETNAM, 9 September- Jumlah korban dalam kejadian kebakaran di sebuah pusat karaoke di wilayah Binh Duong di selatan Vietnam malam kelmarin, meningkat kepada 32 orang.

Angka korban itu melibatkan 17 orang lelaki dan 15 orang wanita dengan lapan mangsa ditemukan maut di tandas.

Ketika kejadian terdapat 40 orang terperangkap di tingkat dua dan tiga bangunan berkenaan.

Ramai bersesak-sesak menuju ke balkoni untuk menyelamatkan diri daripada api yang marak dengan cepat.

Malah ada yang terpaksa melompat keluar dari bangunan.

Siasatan awal mendapati punca kebakaran akibat litar pintas dan pemeriksaan menyeluruh akan dilakukan.

Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Rabu mengarahkan pemeriksaan lanjut ke atas tempat berisiko tinggi, terutama bar dan pusat karaoke, bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

(Bahagian luar bar Karaoke An Phu terbakar di wilayah Binh Duong, utara Ho Chi Minh/AFP)

Media Baharu