fb fb fb fb fb

Rasis, Tesla diarah bayar AS$3.2 juta kepada bekas pekerja

(FOTO REUTERS)

SAN FRANCISCO, 4 April- Tesla diarah membayar seorang bekas pekerja kulit hitamnya sebanyak hampir AS$3.2 juta gara-gara tindakan rasis di kilang Silicon Valley pembuat kereta elektrik itu.

Diaz bertugas sebagai pengendali lif di kilang pembuat kenderaan elektrik di Fremont, California antara Jun 2015 dan Julai 2016, di mana dia telah mengalami penderaan mental kerana sifat perkauman serta persekitaran kerja yang bermusuhan, menurut pemfailan mahkamah.

Dalam tuntutan mahkamahnya yang difailkan pada 2017, Diaz berkata pekerja kulit hitam di kilang itu, tempat anaknya juga bekerja, kerap dikenakan julukan perkauman dan imej yang menghina.

Daripada tempat kerja moden, plaintif "merasai pengalaman seperti dari era Jim Crow," kata saman itu, yang asalnya difailkan oleh Diaz, anaknya, dan seorang lagi bekas pekerja.

Diaz mendakwa, walaupun aduan telah dibuat kepada penyelia, Tesla seakan ambil mudah dan tidak mengambil tindakan.

Berikutan keputusan asal dalam saman itu, seorang naib presiden sumber manusia Tesla meremehkan dakwaan serangan perkauman dalam tuntutan mahkamah tetapi mengakui bahawa Tesla 'tidak sempurna' ketika Diaz bekerja di sana.

Syarikat itu juga berkata pada masa itu bahawa keadaan telah bertambah baik di tempat kerja sejak Diaz bekerja di sana.-AFP


(Kilang pembuatan kenderaan Tesla di Fremont, California)

Media Baharu