fb fb fb fb fb

Letupan masjid Jakarta : Suspek, pelajar 17 tahun terinspirasi pelampau kulit putih

Sebuah senapang mainan dirampas bersama beberapa bahan bukti lain dipamerkan pada sidang media susulan letupan yang berlaku di sebuah masjid dalam kompleks sekolah ketika solat Jumaat minggu lalu / REUTERS

JAKARTA, 11 November - Polis Indonesia pada Selasa memaklumkan, pelajar yang disyaki meletupkan bahan letupan sehingga mencederakan puluhan jemaah di sebuah masjid di ibu negara minggu lalu bertindak atas motif dendam dan terinspirasi oleh serangan kumpulan pelampau kulit putih serta neo-Nazi.

Letupan yang berlaku di masjid dalam kompleks sebuah sekolah di kawasan Kelapa Gading, Jakarta ketika solat Jumaat itu mengakibatkan 96 orang cedera.

Menurut polis, tujuh bahan letupan buatan sendiri ditemui pihak berkuasa Indonesia di dalam dan sekitar kawasan masjid, termasuk sebahagiannya yang disembunyikan dalam tin minuman Coca-Cola.

Minggu lalu, polis memaklumkan suspek berusia 17 tahun dan merupakan pelajar di sekolah berhampiran.

Ketua Polis Jakarta, Asep Edi Suheri pada Selasa tidak mendedahkan identiti suspek dan hanya merujuknya sebagai “kanak-kanak yang berdepan tindakan undang-undang.”-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE