fb fb fb fb fb

Kawasan bumbung projek fasa ketiga Masjidil Haram dibuka

(FOTO AFP)

MAKKAH, 4 April - Kawasan bumbung bagi projek perluasan Masjidil Haram Fasa Ketiga termasuk semua perkhidmatannya dibuka kepada jemaah.

Ketua Pejabat Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais berkata pembukaan kawasan itu selaras dengan peningkatan jumlah jemaah umrah di masjid suci umat Islam berkenaan sempena Ramadan yang juga musim kemuncak bagi ibadah umrah.

(FOTO AFP)

Sheikh Abdul Rahman turut menyentuh usaha melengkapkan projek fasa ketiga itu yang membabitkan semua tingkat, bumbung dan kawasan terbuka bagi menyambut ketibaan jumlah jemaah umrah tertinggi sepanjang Ramadan.

"Semua aturan dan persiapan sudah dilaksanakan dan kita bersedia menerima jemaah dengan menawarkan perkhidmatan di semua koridor, tingkat dan bumbung," katanya.

Sebelum ini, Pejabat Penjaga Dua Masjid Suci itu memperuntukkan beberapa kawasan solat khas untuk jemaah berkeperluan khas dan golongan wanita lanjut usia di Masjidil Haram.-AFP

Media Baharu