BUENOS AIRES, 7 April - Berpuluh-puluh pendatang Venezuela yang tinggal di Argentina berarak melalui jalan-jalan di Buenos Aires pada Sabtu, untuk menolak Presiden Venezuela Nicolas Maduro dan menuntut mengadakan pilihan raya.
Penunjuk perasaan berkata, kedutaan Venezuela di Argentina tidak membenarkan rakyat Venezuela mendaftar sebagai pemilih, menghalang ramai daripada mereka untuk mengundi.
“Selama lebih dua minggu kami telah memprotes kelewatan kedutaan Venezuela di Argentina. Mereka tidak membenarkan kami membuat pendaftaran pengundi. Mereka membuka daftar pemilih pada Rabu minggu ini selepas dua minggu tertangguh.
Mereka bekerja dengan sangat perlahan dan ini telah menghalang komuniti kami daripada mendaftar di Konsulat supaya mereka boleh mengundi pada 28 Julai," kata warga Venezuela yang tinggal di Argentina, Charbel Najem.
“Ia mesti berubah, pemerintahan diktator mesti pergi. Kami mempunyai keluarga di sana. Kami tidak mahu terus hidup begini. Kami mahu (Presiden Venezuela Nicolas) Maduro pergi, itulah yang kami minta. Kami mahukan kebebasan bersuara,"kata warga Venezuela yang tinggal di Argentina, Fany Suarez.
Tindakan protes itu adalah satu daripada lebih 50 protes di seluruh dunia yang diadakan sebagai
menunjukkan sokongan kepada ketua pembangkang Maria Corina Machado, yang dilarang daripada bertanding dalam pilihan raya oleh kerajaan Maduro.
Pada Jumaat sumber kerajaan Venezuela berkata kerajaan, mereka akan membenarkan enam pembantu Machado yang kini berada di kedutaan Argentina di Caracas untuk ke Argentina.
Pembantu, termasuk pengurus kempen Magalli Meda, sebelum ini disebut sebagai bakal pengganti Machado dalam pilihan raya presiden tahun ini. - REUTERS