fb fb fb fb fb

Letupan di Syria, tujuh kanak-kanak maut

Foto Fail

DAMASCUS, 7 April- Tujuh kanak-kanak terbunuh dalam satu letupan di wilayah Daraa di selatan Syria pada Sabtu.

Memetik agensi berita negara (SANA), menurut polis, insiden berkenaan turut menyebabkan dua orang lagi mengalami kecederaan.

Katanya, bahan letupan yang ditanam pengganas meletup di bandar Sanamayn.

Pemantau perang 'Syrian Observatory for Human Rights' memberikan angka yang berbeza, mengatakan bahawa lapan kanak-kanak terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam letupan terbabit.

Pemantau yang berpangkalan di Britain itu berkata peranti berkenaan ditanam untuk menyasarkan orang yang tidak dikenali di kawasan tersebut.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM