fb fb fb fb fb

152 diselamatkan daripada banjir di timur Australia

FOTO REUTERS

SYDNEY, 6 April - Pihak berkuasa Australia memaklumkan seramai 152 orang di New South Wales, Australia diselamatkan daripada banjir selepas hujan lebat yang memaksa penduduk berpindah ke kawasan lebih tinggi.

Pihak berkuasa berkata 72 penduduk di Ibu Negeri Sydney yang tinggal di kawasan rendah telah diselamatkan.

Kira-kira 15 perintah pemindahan kecemasan telah dilaksanakan di seluruh negeri, kata Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales.

Perkhidmatan itu membuat 4,128 panggilan untuk bantuan dalam tempoh 24 jam.

"Paras banjir di beberapa sungai khususnya di barat Sydney terus meningkat," kata Perdana Menteri New South Wales Chris Minns dalam sidang media.

Hujan lebat melanda tenggara Australia pada Jumaat, menyebabkan taburan hujan bersamaan hampir sebulan di Sydney dan mendorong amaran untuk orang ramai mengelak perjalanan yang tidak penting dan tidak keluar rumah.

Sydney menerima 111 mm (4.4 inci) taburan hujan sepanjang 24 jam hingga pagi Jumaat, data daripada peramal cuaca negara menunjukkan, hanya sedikit hujan purata 121.5 mm untuk bulan April. - REUTERS

TETITIA YUSOFF