fb fb fb fb fb

Rakyat Nigeria mengundi pilih presiden baharu

(Foto Reuters)

NIGERIA, 25 Februari- Rakyat Nigeria mula keluar mengundi pada Sabtu, untuk memilih pengganti Presiden, Muhammadu Buhari.

Ia dengan harapan pemimpin seterusnya akan mengemudi negara paling ramai penduduk dan ekonomi terbesar di Afrika itu ke laluan baharu, selepas bertahun-tahun dibelenggu keganasan dan kesusahan yang semakin memburuk.

Pusat mengundi dijadualkan dibuka pada 8:30 pagi (0730 GMT).

Laporan Reuters memberitahu, turut berlaku kelewatan di beberapa lokasi di seluruh negara.

(Pengiraan undi akan bermula sebaik sahaja pengundian ditutup
dan keputusan akan disiarkan di luar pusat mengundi/Foto Reuters)

Pesaing utama untuk menggantikan Buhari ialah bekas gabenor Lagos, Bola Tinubu, 70, calon daripada parti pemerintah, Kongres All Progressives.

Selain bekas naib presiden Nigeria, Atiku Abubakar, 76, yang merupakan calon pembangkang utama Parti Demokratik Rakyat dan bekas gabenor Negeri Anambra, Peter Obi, 61, daripada Parti Buruh yang lebih kecil.

Lebih 93 juta orang didaftarkan untuk mengundi presiden dan ahli Dewan Negara yang akan datang.

Pengiraan undi akan bermula sebaik sahaja pengundian ditutup dan keputusan akan disiarkan di luar pusat mengundi.-REUTERS

Media Baharu