fb fb fb fb fb

Aktivis berhimpun di Taiwan, tanda sokongan kepada Ukraine

(Foto Reuters)

TAIPEI, 25 Februari- Berpuluh-puluh penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Liberty, di sini, menzahirkan harapan agar konflik Rusia-Ukraine segera berakhir.

Perhimpunan disertai rakyat Taiwan dan juga Ukraine yang menetap di sana.

Ia juga menandakan sudah memasuki tahun pertama, sejak pencerobohan Rusia berlaku.

Penunjuk perasaan pengibarkan bendera dan menyanyikan lagu kebangsaan Ukriane.

(Selepas setahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, konflikĀ 
dilihat masih belum ada tanda untuk berakhir/Foto Reuters)

Perhimpunan solidariti sama turut diadakan di seluruh dunia menandakan ulang tahun itu.

Ukraine telah memenangi sokongan awam yang meluas di Taiwan dan kerajaan telah menghantar bantuan kemanusiaan.

Ramai yang turut bimbang Taiwan mungkin menghadapi situasi serupa dengan Ukraine, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat dan peningkatan ancaman ketenteraan dan sikap dari jirannya China.-REUTERS

Media Baharu