fb fb fb fb fb

Macron adakan lawatan ke China pada April

(Foto Reuters)

PARIS, 25 Februari- Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada Sabtu menyatakan beliau akan mengadakan lawatan ke China, pada awal April.

Ia sebahagian untuk mendapatkan bantuan China bagi menamatkan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Pada Jumaat, China menggesa gencatan senjata komprehensif dilakukan di Ukraine dan telah mengemukakan rancangan damai 12 perkara.

Jelas Macron, fakta bahawa China terlibat dalam usaha damai adalah satu perkara yang baik.

"Saya fikir segala-galanya ke arah keamanan adalah baik tetapi keamanan ini hanya mungkin jika ia bermula dengan penamatan pencerobohan Rusia, penarikan tentera, dan penghormatan terhadap kedaulatan wilayah dan rakyat Ukraine.

"Jadi dalam konteks ini, saya fikir ia juga terpulang kepada Ukraine untuk memberikan syarat, tetapi hakikat bahawa China komited untuk usaha damai adalah baik.

"Saya akan pergi sendiri ke China pada awal April," kata Macron kepada media di pameran pertanian, di sini.-REUTERS

(Emmanuel Macron/Foto Reuters)

Berita Berkaitan
China gesa Rusia, Ukraine adakan rundingan, beri amaran jangan guna senjata nuklear

Media Baharu