fb fb fb fb fb

Rakyat Korea Utara jadi buruh paksa, dihalang pulang - EJF

Bendera Korea Utara/ Reuters

SEOUL, 24 Februari- Rakyat Korea Utara telah dipaksa bekerja di atas kapal nelayan berbendera China tanpa pulang ke negara itu selain didera secara lisan dan fizikal, menurut laporan Yayasan Keadilan Alam Sekitar (EJF) pada Isnin.

Korea Utara dilihat mengaut kekayaan daripada rakyatnya yang dihantar ke luar negara untuk bekerja, kebanyakannya di negara China dan Rusia.

EJF yang berpangkalan di London mendakwa Korea Utara menafikan hak kemanusiaan rakyat negara itu dengan secara paksa menghantar mereka untuk bekerja ke negara lain dan memperoleh pendapatan.

"Rakyat Korea Utara dipaksa bekerja di laut dan mereka tidak pernah pulang ke tanah air sejak itu," kata laporan itu.

Tuntutan itu berdasarkan temu bual dengan lebih 10 anak kapal Indonesia dan Filipina yang bekerja di atas kapal pengangkut panjang tuna China di Lautan Hindi antara 2019 dan 2024.

"Mereka tidak pernah berkomunikasi dengan isteri atau orang lain semasa berada di laut kerana mereka tidak dibenarkan membawa telefon bimbit," menurut seorang anak kapal.

Sementara itu seorang lagi memaklumkan beberapa warga Korea Utara telah bekerja di atas kapal itu selama "tujuh atau lapan tahun. Kerajaan tidak membenarkan mereka untuk pulang."- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI