fb fb fb fb fb

Rakyat Gaza tidak terima bantuan - PBB

Foto AFP

GENEVA, 31 Mei- Bantuan kemanusiaan yang dibenarkan memasuki Gaza tidak diterima rakyat negara itu, kata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) PBB, Jens Laerke menggesa Israel untuk mematuhi undang-undang.

Pihaknya memerlukan akses yang selamat dan tanpa halangan untuk memberikan bantuan tersebut.

"Bantuan yang diterima tidak sampai kepada rakyat dan itu masalah utama.

"Kami terus menegaskan bahawa tanggungjawab pihak berkuasa Israel di bawah undang-undang untuk memudahkan penghantaran bantuan tidak terhenti di sempadan.

"Kami mahu semua pihak menunaikan kewajipan mereka di bawah undang-undang," kata Laerke dalam taklimat PBB di sini.

Laerke turut menekankan peranan pihak berkuasa Israel terutamanya di persimpangan Kerem Shalom untuk memudahkan bantuan terbabit.

Serangan berterusan Israel terhadap Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 36,224 rakyat Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM