fb fb fb fb fb

Midland dilanda dua puting beliung

Foto REUTERS

MIDLAND, 31 Mei- Dua puting beliung melanda pinggir Midland, Texas, semalam.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan mengeluarkan amaran ribut dan menasihatkan penduduk untuk mencari perlindungan.

Menerusi video tular, puting beliung berkenaan dilihat berputar merentasi padang ladang.

Terdahulu, pihak berkuasa meletakkan bandar dan daerah utama di seluruh negeri terbabit di bawah pengawasan bencana. - REUTERS

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM