fb fb fb fb fb

Cuaca panas, penduduk India berdepan krisis air

Foto REUTERS

NEW DELHI, 31 Mei- Cuaca panas di India menyebabkan penduduk di ibu kota India berdepan dengan kekurangan air yang teruk.

Cuaca panas itu menyebabkan air di Sungai Yamuna, sungai utama di Delhi berada pada paras rendah.

Krisis air di India yang bertambah buruk pada musim panas memberi kesan kepada penduduk, terutamanya mereka yang menetap di kawasan setinggan.

Penduduk di Kem Vivekananda Delhi terpaksa menunggu di sepanjang jalan bersama bekas plastik dan tong bagi menanti ketibaan lori yang membawa bekalan air.

Bagaimanapun, bekalan berkenaan tidak dapat menampung jumlah penduduk yang ramai.

"Kapal tangki itu masih belum diisi sepenuhnya.. terdapat ramai orang menanti untuk mendapatkan air ini," kata penduduk, Munni Devi. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM