fb fb fb fb fb

Strok haba, 15 orang maut di India

Foto REUTERS

NALANDA,31 Mei- Sekurang-kurangnya 15 orang maut akibat strok haba di negeri Bihar dan Odisha di timur India, semalam.

Menurut pihak berkuasa tempatan, wilayah itu dilanda gelombang panas yang dijangka berterusan sehingga 2 Jun ini.

India telah mengalami cuaca yang sangat panas minggu ini dengan sebahagian dari ibu kota Delhi mencatatkan suhu tertinggi negara itu pada 52.9 darjah Celsius.

Terdahulu, 10 kematian akibat strok haba dilapor berlaku di sebuah hospital kerajaan di wilayah Rourkela, Odisha.

Manakala, lima lagi kematian dilapor berlaku di bandar Aurangabad, Bihar. - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM