fb fb fb fb fb

Israel terus serang Palestin, sasar Rafah

Foto AFP

RAFAH, 31 Mei- Serangan Israel terhadap Palestin kini dilihat tertumpu kepada selatan Rafah.

Israel tetap melakukan serangannya terhadap negara itu walaupun terdapat bantahan antarabangsa berhubung keselamatan orang awam yang berlindung di sempadan Gaza dan Mesir.

Serangan Israel yang mencetuskan kebakaran dan mengorbankan rakyat Palestin di sebuah kem hujung minggu lalu telah mengundang gelombang kecaman baharu.

Menurut saksi pada Jumaat, serangan Israel melanda kawasan Rafah serta Nuseirat, tengah Gaza dengan wartawan AFP melaporkan bahawa terdapat pengeboman di utara.

Sumber perubatan berkata bahawa sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dalam serangan tersebut.

Menerusi laporan Kementerian Kesihatan Gaza, serangan Israel sejak 7 Oktober lalu telah menyebabkan lebih 36,000 penduduk Palestin terkorban dengan 53 lagi terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu.-AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM