fb fb fb fb fb

114 juta orang hilang tempat tinggal di seluruh dunia - UNHCR

Foto AFP

NEW YORK, 31 Mei- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) digesa menyelamatkan jutaan orang yang kehilangan tempat tinggal akibat peperangan, keganasan dan penganiayaan.

Memetik agensi berita Palestin (WAFA), gesaan tersebut dibuat Ketua Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi.

Grandi berkata mereka yang terjejas kini berjumlah 114 juta.

"Bulan depan kami akan mengemas kini angka ini. Ia akan lebih tinggi," kata Grandi.

Terdahulu, Grandi berkongsi pandangannya mengenai beberapa krisis di seluruh dunia.

Jelas Grandi, ribuan ribu rakyat telah terbunuh antaranya di Gaza, Ukraine, Sudan dan Myanmar.

"Belum terlambat untuk menyelamatkan nyawa dan meningkatkan bantuan bagi berjuta-juta penduduk yang terjejas," katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM