fb fb fb fb fb

Rakyat Denmark bantah pembatalan cuti umum

(Peserta demontrasi, Cora Andrew Arthe membantah usul pembatalan cuti umum
'Great Prayer Day' di Copenhagen pada Ahad/Reuters)

COPENHAGEN, 6 Februari- Kira-kira 50,000 orang berkumpul di sini pada Ahad bagi membantah rang undang-undang yang dikemukakan oleh Kerajaan Denmark untuk membatalkan cuti umum dalam usaha membantu membiayai peningkatan perbelanjaan pertahanan negara.

Demonstrasi itu dianjurkan oleh kesatuan buruh terbesar di negara itu yang menentang pemansuhan cuti umum 'Great Prayer Day' yang disambut oleh penganut Kristain sejak 1686.

Usul pemansuhan cuti tersebut dilakukan pada Disember lalu untuk membantu meningkatkan hasil cukai bagi perbelanjaan pertahanan yang lebih tinggi berikutan perang Ukraine, selain merupakan sebahagian daripada program reformasi besar-besaran dari kerajaan yang baru dibentuk.

Bagaimanapun, kesatuan sekerja, penggubal undang-undang pembangkang dan ahli ekonomi mempersoalkan keberkesanan terhadap cadangan itu.

Sesetengah ahli ekonomi pula berkata ia tidak mungkin mempunyai kesan berpanjangan kerana pekerja akan mencari cara lain untuk menyesuaikan waktu kerja mereka.

"Kerajaan mahu mengambil cuti daripada kami yang telah kami lalui selama lebih 300 tahun.

"Di Denmark, apabila kami bekerja pada cuti umum, kami mendapat sedikit gaji tambahan," kata janitor, Cora Andrew Arthe yang berdemonstrasi di hadapan parlimen.

(FOTO REUTERS)

 

Media Baharu