fb fb fb fb fb

Bot membawa pendatang karam di Greece, wanita dan kanak-kanak maut

(FOTO HIASAN)

ATHENS, 5 Februari- Seorang wanita dan kanak-kanak mati lemas  manakala 33 orang diselamatkan selepas bot yang membawa pendatang dari Turkiye karam di pulau Leros di Greece, kata pengawal pantai pada Ahad.

Mangsa yang terselamat, termasuk enam kanak-kanak, telah dipindahkan ke hospital di Leros.

Pengawal pantai berkata operasi menyelamat bagaimanapun diteruskan buat masa ini.

Tiga bot penyelamat dan sebuah helikopter telah dikerahkan tetapi kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana angin kencang dan laut bergelora di Mediterranean.

Seorang nelayan menghidupkan penggera selepas menemui mayat terapung di laut, menurut laporan akhbar tempatan.

Saksi mata melaporkan melihat sebuah boat dengan 40 pendatang, termasuk kanak-kanak di dalamnya.

Disember lalu, seorang bayi berusia dua bulan meninggal dunia selepas kapal karam di pulau Lesbos, Greece.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu