fb fb fb fb fb

Rakyat Argentina protes peningkatan inflasi

BUENOS AIRES, 14 Mei- Ribuan rakyat Argentina membanjiri jalanan sekitar Buenos Aires sebagai protes kepada peningkatan inflasi.

Perhimpunan turut disertai penduduk yang tinggal dari luar Buenos Aires .

Penganjuran demontrasi kerap diadakan tahun ini susulan trend peningkatan inflasi.

Peserta turut berang dengan kekangan belanjawan negara.

(FOTO AFP)

Kerajaan pula dilihat meminimumkan jumlah bantuan yang disalur kepada rakyat.

Tahun lalu negara terbabit merekodkan 50 peratus peningkatan inflasi.

Ia dijangka meningkat 60 peratus tahun ini. -AFP

Media Baharu