fb fb fb fb fb

Puluhan kenderaan terkandas susulan tanah runtuh di Filipina

COTABATO, 14 Mei- Pemandu kenderaan terperangkap selepas jalan di lereng gunung tenggelam dalam kejadian tanah runtuh.

Rakaman video menunjukkan puluhan kenderaan terkandas di kawasan itu.

Jalan yang terletak di wilayah Cotabato Selatan itu tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Aliran air yang kuat dilihat turun dari kawasan tinggi gunung menghalang sebahagian besar laluan konkrit.

(Kejadian tanah runtuh menyebabkan ramai pemandu terkandas di lereng gunung- Sumber tangkap layar di Twitter)

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Pemandu kenderaan terpaksa berpatah balik sehingga kerja-kerja membersih dan membuka semula laluan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan. -AFP

Media Baharu