fb fb fb fb fb

27 maut dan berpuluh cedera dalam kebakaran di New Delhi

NEW DELHI, 14 Mei- Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kebakaran besar di sebuah bangunan di ibu negara India, New Delhi pada Jumaat.

Media tempatan melaporkan lebih daripada 40 orang telah melecur dan dimasukkan ke hospital, manakala hampir 70 orang berjaya diselamatkan.

Kebakaran besar itu berlaku di sebuah bangunan komersial empat tingkat di barat Delhi .

Pegawai Bomba memaklumkan lebih 25 cedera, termasuk mereka yang terjun dari bangunan.

(FOTO REURTERS)

Bagaimanapun api telah dipadam sepenuhnya dan lebih banyak mayat dijangka ditemui.

Kebakaran adalah perkara biasa di India kerana amalan bangunan yang buruk, kesesakan dan kekurangan pematuhan kepada peraturan keselamatan.

The Times of India melaporkan pemilik bangunan itu kini ditahan pihak berkuasa.

Perdana Menteri Narendra Modi mengucapkan takziah dan kepada keluarga mangsa . -AFP

Media Baharu