fb fb fb fb fb

Israel terus ganas, serang orang ramai yang berkabung pada pengebumian Shireen

BAITULMAQDIS, 14 Mei - Pasukan polis Israel semalam menyerang orang ramai yang berkabung pada perarakan pengebumian wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh, yang terbunuh Rabu lalu di Tebing Barat.

Tindakan keras pasukan keselamatan itu menyebabkan keranda yang diusung orang ramai itu hampir terjatuh dalam suasana kelam kabut.


(Keganasan berlaku apabila anggota polis menggunakan kekerasan terhadap orang ramai yang mengusung keranda wartawan Al-Jazeera Shireen Abu Akleh di hospital Baitulmaqdis sebelum upacara pengebumiannya./AFP)

Video tersebar menunjukkan para anggota polis di Baitulmaqdis memukul dan menendang orang yang berkabung di sebelah keranda wartawan Al Jazeera, yang maut dipercayai ditembak rejim.

Seperti biasa, polis Israel dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terpaksa bertindak demikian selepas penduduk Palestin mula membaling batu ke arah anggota mereka.

Shireen ditembak mati di Tebing Barat semasa serbuan Israel di bandar Jenin.

Saksi memberitahu, beliau dibunuh tentera Israel dan sekali lagi dakwaan tersebut dinafikan rejim sebaliknya menuduh Shireen maut akibat dipukul seorang lelaki bersenjata Palestin. - AFP

Media Baharu