fb fb fb fb fb

Rajapaksa digesa bawa ke muka pengadilan

COLOMBIA, 3 September - Presiden Sri Lanka yang diguling, Gotabaya Rajapaksa berdepan gesaan diheret ke muka pengadilan.

Pemimpin kempen bantahan yang menggulingkan kerajaannya, Joseph Stalin menegaskan, Rajapaksa mesti ditangkap segera kerana menyebabkan kesengsaraan kepada 22 juta penduduk Sri Lanka.

Beliau tidak boleh dibiarkan bebas, sebaliknya didakwa atas jenayah yang telah dilakukan.

Rajapaksa pulang ke Sri Lanka semalam selepas melarikan diri ke luar negara pada Julai lalu, susulan kebangkitan rakyat yang berang dengan kegagalan pentadbirannya.

Kerajaan yang diterajui pemimpin veteran berusia 73 tahun itu dituduh melakukan salah tadbir urus, menyebabkan ekonomi Sri Lanka menjunam ke paras terburuk dalam sejarah.

(FOTO AFP)

Krisis itu menyaksikan kekurangan makanan yang teruk, kekurangan bekalan api, selepas negara kehabisan wang.

"Gotabaya kembali kerana tiada negara yang sudi menerimanya, dia tiada tempat untuk bersembunyi.

"Dia harus ditangkap segera kerana menyebabkan kesengsaraan kepada 22 juta penduduk Sri Lanka. Dia harus didakwa atas jenayahnya."menurut ketua kesatuan pekerja guru yang membantu menggerakkan penunjuk perasaan, Joseph Stalin.

Adik Rajapaksa, Basil bertemu dengan Wickremesinghe bulan lalu untuk meminta perlindungan terhadap pemimpin yang dipecat.

Aktivis hak asasi manusia berikrar untuk mendesak pendakwaan Rajapaksa atas beberapa pertuduhan, termasuk dakwaan peranannya dalam pembunuhan editor akhbar terkemuka Lasantha Wickrematunge pada 2009. - AFP

Media Baharu