fb fb fb fb fb

Min Aung Hlaing akan hadir Forum Ekonomi Timur di Vladivostok

YANGON, 3 September - Pemimpin junta Myanmar, Min Aung Hlaing akan mengadakan lawatan ke Rusia minggu depan untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur di bandar Vladivostok.

Menurut laporan The Global New Light of Myanmar, agenda utama Hlaing ialah mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan ekonomi Myanmar-Rusia.

Julai lepas, beliau melakukan lawatan peribadi ke Moscow dan dilaporkan bertemu pegawai agensi angkasa lepas, Moscow Roscosmos dan agensi nuklear.

Beliau akan menghadiri Forum Ekonomi Timur di bandar timur jauh Vladivostok, kata The Global New Light of Myanmar.

Wakil dari China, India, Jepun, Kazakhstan dan negara lain akan turut hadir.

(FOTO AFP)

Hlaing akan mengadakan perbincangan dengan pegawai kerajaan Rusia bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan hubungan dua hala menerusi ekonomi dan kerajaan kedua-dua negara.

Sejak kerajaan awam Aung San Suu Kyi diguling pada Februari tahun lalu, Myanmar menghadapi sekatan Barat dan penurunan dalam hubungannya.

Min Aung Hlaing tidak mungkin dijemput ke sidang kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) di Phnom Penh pada November.

Myanmar kini berada dalam keadaan huru-hara dan kelumpuhan ekonomi.- AFP

Media Baharu