fb fb fb fb fb

Rajapaksa akui penyebab Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk

COLOMBIA, 20 April - Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa semalam mengaku membuat kesalahan dalam pentadbirannya sehingga menyebabkan negara kini dibelenggu krisis ekonomi terburuk.

Pengakuan tersebut dibuat Rajapaksa dalam satu sesi pertemuan khas dengan 17 Menteri Kabinet baharu dibentuk.

Rombakan kabinet dan pembentukan kabinet baharu adalah sebahagian janji dan usaha Rajapaksa menyelesaikan krisis politik akibat kegawatan ekonomi Sri Lanka.

Negara itu kini diambang muflis dengan hampir AS$7 bilion daripada jumlah hutang luar negara berjumlah AS$25 bilion perlu dilunaskan tahun ini.

(Sesi pertemuan khas Rajapaksa dengan 17 Menteri Kabinet baharu dibentuk)

Situasi bertambah buruk apabila Sri Lanka dihimpit masalah kekurang pertukaran wang asing yang menjejaskan perkembangan ekonomi.

Pada pertemuan sama, Rajapaksa mengakui pandemik COVID-19 adalah cabaran besar kepada Sri Lanka dan berlaku beberapa kesilapan pengurusan menyebabkan negara itu terbeban hutang.

Beliau juga berjanji memperbaiki masalah yang timbul dan kembali bergerak maju untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat.

Media Baharu