fb fb fb fb fb

Pacific Explorer kapal pertama berlabuh di Sydney Harbour selepas dua tahun pandemik

SYDENY, 18 April- Buat kali pertama dalam tempoh dua tahun, kapal persiaran kembali berlabuh di Sydney Harbour.

Kapal tidak dibenar berbuat demikian sebelum ini susulan sekatan besar-besaran akibat COVID-19 sejak 2020.

Kapal Pacific Explorer menjadi kapal pertama yang kembali memasuki Australia.

Orang ramai berkumpul di Jambatan Pelabuhan untuk menyaksikan ketibaan kapal berkenaan.

Terdahulu, ia memulakan perjalanan sejauh 18,000 kilometer untuk kembali ke Australia hampir sebulan lalu.

Kapal persiaran antarabangsa disekat masuk perairan Australia pada Mac 2020 akibat pandemik yang menular dari kapal Ruby Princess.

(Orang ramai tidak melepaskan peluang menyaksikan kapal Pacific Explorer berlabuh selepas dua tahun dunia dilanda pandemik/ AFP)

Ia dikaitkan dengan ratusan kes virus itu dan menyebabkan 28 kes kematian.

Kapal Pacific Explorer dan dua lagi kapal persiaran lain dimiliki oleh P&O berlabuh di luar pantai Cyprus sepanjang tahun lalu menunggu Australia menarik balik sekatan berikutan beberapa siri gelombang COVID-19 .

Menurut jurucakap kapal P&O, tempahan untuk pelayaran bagi kapal itu menghampiri tahap pra-pandemik. -AFP

Media Baharu