fb fb fb fb fb

200,000 pekerja asing di Moscow berdepan risiko hilang kerja

MOSCOW, 18 April- 200,000 pekerja syarikat asing di Moscow berdepan risiko hilang kerja dalam masa yang tidak dapat ditentukan.

Situasi berlaku akibat kesan sekatan ke atas kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

Risiko itu juga dijangkakan berlaku dalam tempoh terdekat.

Sebahagian lagi pekerja pula bakal berdepan risiko sama dalam tempoh lebih panjang.

Perbezaan tempoh bergantung kepada kedudukan kewangan syarikat, kepentingan dan pengaruhnya.

(Foto fail/ AFP)

Menurut Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin beberapa langkah perlu telah diambil bagi mengatasi situasi berkenaan.

Minggu lalu, program bernilai AS$41 juta diluluskan untuk menyokong pengambilan kerja di ibu negara Rusia itu.

Ia menyasarkan warga tempatan yang hilang kerja selepas syarikat asing menamatkan perkhidmatan di Moscow.

Sobyanin berkata, program bakal memanfaatkan 58,000 pekerja yang dibuang manakala 12,500 daripada mereka akan dilatih semula. -AFP

Media Baharu