fb fb fb fb fb

Raja Salman gesa rakyatnya patuh SOP COVID-19

 

FOTO AFP



RIYADH, 5 Januari- Susulan peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak di Arab Saudi, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menggesa orang ramai mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan COVID-19, selain mengambil dos penggalak.

Ia disuarakan Raja Salman semasa mempengerusikan pasca mesyuarat mingguan Majlis Menteri secara dalam talian, susulan peningkatan kes di negara itu yang menjangkau 2,585 kes dalam tempoh 24 jam.

Menteri Penerangan, Majid Al-Qasabi, berkata, Kabinet Arab Saudi antara lain meneliti semula perkembangan situasi epidemiologi COVID-19, mutasi, petunjuk tempatan dan antarabangsa, penilaian langkah pencegahan kesihatan awam serta kunjungan warga asing ke Dua Masjid Suci.

Lapor agensi berita ArabNews., pada awal sesi berkenaan, Raja Salman menzahirkan penghargaan kepada Majlis Syura atas usaha menjalankan peranan dan tugasnya, manakala Majlis Menteri meneliti semula kandungan ucapan tahunan Raja Salman ketika pembukaan sidang majlis itu.

Raja Salman turut mengetengahkan matlamat komprehensif yang berupaya menjamin pertumbuhan domestik, kemakmuran dan pencapaian dalam pelbagai bidang, selari Wawasan 2030.

Turut digariskan ialah dasar luar politik, kedudukan ekonomi, usaha memperkukuhkan keselamatan dan keamanan serantau, membantu golongan berpendapatan rendah dan negara terjejas serta pelarian yang terjejas dengan pelbagai krisis.

Media Baharu