FOTO AFP
HERAT, 6 Januari- Taliban mengarahkan pemilik kedai di barat Afghanistan untuk membuang kepala patung model pakaian kerana objek yang menyerupai manusia bertentangan dengan undang-undang Islam.
Sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, para pemimipinnya berusaha untuk memperkukuh pelaksanaan undang-udang Islam.
Namun kebanyakan negara barat, menyifatkan ia sebagai menyekat hak serta kebebasan terutama golongan wanita.
Meskipun belum ada undang-udang rasmi mengenainya dikeluarkan, pihak berkuasa tempatan dilapor telah mengambil tindakan sehingga ada yang menyifatkan ia sebagai amalan tidak bermoral.
Bagaimanapun Aziz Rahman, ketua di Kementerian Promosi Kebajikan dan Pencegahan Maksiat di Herat mengesahkan arahan tersebut.
Kalangan pemilik kedai, ada yang bertindak menutup kepala patung menggunakan kain, namun jelas Rahman langkah itu masih tidak memadai.
“Jika mereka hanya menutup kepala atau tutup keseluruhan patung keberkatan maha pencipta (Allah) tidak akan diperoleh," katanya
Selepas Taliban kembali berkuasa pada 15 Ogos lalu, para pemimpinnya berjanji akan melaksanakan pentadbiran lebih mesra berbanding pemerintahan tegas ketika mula berkuasa pada 1996 – 2001, apabila sebarang objek tiruan menyerupai manusia sama sekali tidak dibenarkan. - AFP