fb fb fb fb fb

COVID-19: Vaksin Sinovac, Sinopharm berkesan lawan Omicron

 

SWITZERLAND, 6 Januari - Vaksin COVID-19 keluaran Sinopharm dan Sinovac mampu menawarkan perlindungan terhadap penyakit teruk, kemasukan ke hospital dan kematian berkaitan dengan varian Omicron.

Pengurus Insiden Pertubuhan Kesihatan Sedunia,WHO, Abdi Mahamud berkata, terdapat bukti menunjukkan vaksin COVID-19 masih menawarkan perlindungan kepada penerimanya.

Menurutnya, pihaknya melihat apa yang akan melindungi daripada kemasukan ke hospital yang teruk dan kematian adalah tindak balas sel-T individu.

Beliau berkata, sama ada Sinovac atau Sinopharm , kajian yang dilakukan di Chile dan tempat lain menunjukkan bahawa ia benar-benar berkesan terhadap kemasukan ke hospital yang teruk.

Vaksin mempunyai kedudukan yang berbeza dari segi pencegahan jangkitan namun kesemuanya mampu menghalang jangkitan.

Lebih banyak bukti menunjukkan Omicron menjejaskan bahagian atas saluran pernafasan menyebabkan gejala yang lebih ringan daripada varian sebelumnya.

Namun Omicron akan menjadi varian yang dominan dalam beberapa minggu kerana kebolehjangkitan yang tinggi, menimbulkan ancaman kepada sistem perubatan di negara di mana sebahagian besar populasi masih belum divaksinasi.

Media Baharu