FOTO TWITTER
PANAMA, 6 Januari - Susulan kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise di Port-au-Prince pada 7 Julai lalu.
Seorang bekas anggota tentera Colombia ditahan dan didakwa di Amerika Syarikat berhubung rancangan untuk pembunuhan tersebut.
Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Mario Antonio Palacios, 43 tahun, didakwa secara konspirasi melakukan pembunuhan atau menculik di luar Amerika Syarikat.
Isteri Moise turut cedera dalam tembakan itu.
Dalam masa sama dia juga didakwa menyediakan bahan sokongan yang mengakibatkan kematian.
Suspek juga akui mengetahui bahan sokongan itu akan digunakan bagi melakukan konspirasi untuk membunuh dan menculik.
Bekas anggota tentera itu telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tocumen, Panama City pada Isnin ketika penerbangannya dari Jamaica ke Colombia membuat persinggahan.
Penahanannya mematuhi waran Interpol yang dibuat Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Sumber berkata, sebaik tiba di Panama, suspek menyatakan kesediaan menyerah diri kepada pihak berkuasa tempatan untuk dihantar ke AS.
Palacios telah ditangkap di Jamaica pada Oktober, dia dilaporkan masuk secara haram melalui Republik Dominica.