fb fb fb fb fb

Raja Charles seru perpaduan dan persefahaman rakyat England

Foto REUTERS

LONDON, 10 Ogos-Raja England, Raja Charles menyeru agar rakyat negara berkenaan agar saling menghormati dan memahami antara satu sama lain selepas rusuhan perkauman yang menyasarkan umat Islam dan pendatang di Britain, kata jurucakap Istana Buckingham pada Jumaat.

Kenyataan itu merupakan campur tangan oleh Raja Charles sejak pergolakan tercetus minggu lalu.

Raja Charles turut mengucapkan terima kasih kepada pihak polis dan perkhidamatan kecemasan yang berusaha untuk mengembalikan keamanan dan mengalu-alukan cara komuniti masyarakat dalam menentang "pencerobohan dan jenayah daripada segelintir pihak", kata jurucakap berkenaan.

"Menjadi harapan baginda (Raja Charles) agar nilai-nilai saling hormat menghormati dan persefahaman akan terus mengukuh dan menyatukan negara,” tambah jurucakap berkenaan.

Beribu-ribu pegawai polis bersiap siaga bertugas pada hujung minggu ini sekiranya rusuhan itu berlaku kembali.

Rusuhan bermula Selasa minggu lalu selepas tiga kanak-kanak terbunuh dalam kelas tarian bertemakan Taylor Swift di Southport, barat laut England.

Khabar angin palsu pada mulanya tersebar di media sosial mengatakan penyerang itu adalah seorang Islam yang juga pencari suaka.

Hampir 400 individu sudah ditangkap dan 100 orang didakwa atas kejadian rusuhan selama seminggu yang dicetuskan oleh maklumat salah dalam talian mengenai pembunuhan tiga kanak-kanak dalam satu insiden tikaman di Southport.

Kerajaan England sedang mempertimbangkan peraturan yang lebih ketat untuk syarikat media sosial bagi mengekang perkara sama daripada berulang kembali.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD