fb fb fb fb fb

Penyanyi Adele sahkan sudah bertunang

FOTO REUTERS

LONDON, 10 Ogos - Penyanyi Adele mengesahkan pertunangannya dengan ejen sukan Amerika Rich Paul ketika membuat persembahan di Jerman, lapor agensi berita (DPA) Jerman.

Adele, 36, membuat pendedahan bahawa pada 2021 bahawa beliau menjalin hubungan dengan pengasas syarikat pengurusan Klutch Sports Group, yang telah mewakili bintang bola keranjang berprofil tinggi, termasuk LeBron James, Anthony Davis dan John Wall.

Menurut video media sosial daripada salah satu konsert Munich, ada individu membawa papan tanda bertulis 'Sudikah awak berkahwin dengan saya?.'

Adele kemudian menjawab bahasa 'Saya tidak boleh berkahwin dengan anda kerana saya sudah berkahwin jadi saya tidak boleh, tetapi saya menghargainya, terima kasih.'

Adele juga menunjukkan cincin pertunangan kepada penonton.

Beliau mengumumkan perpisahannya dengan bekas suaminya, Simon Konecki pada April 2019.

Penyanyi itu kali terakhir membuat persembahan di Eropah pada 2016 dan di UK pada Julai 2022 pada festival British Summer Time di Hyde Park.

TETITIA YUSOFF