fb fb fb fb fb

Ethiopia umum bina lapangan terbang terbesar di Afrika

Foto REUTERS

ADDIS ABABA, 10 Ogos-Ethiopia bersetuju menandatangani perjanjian bagi membina lapangan terbang yang mempunyai empat landasan sekali gus menjadikannya sebagai lapangan terbang terbesar di benua Afrika yang dijangka siap pada 2029.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan Ethiopia, Mesfin Tasew berkata projek lapangan terbang berkenaan bakal di bina di bandar Bishoftu yang terletak kira-kira 45 kilometer dari ibu negara, Addis Ababa dan berupaya untuk mengendalikan 100 juta penumpang setahun dan memperuntukan 270 parkir buat pesawat.

"Projek berkenaan bakal mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dan bakal menjadi lapang terbang terbesar di Afrika", katanya dalam satu sidang media di sini.

Tasew berkata pihaknya bekerjasama dengan syarikat UAE, Sidara bagi mereka bentuk lapangan terbang berkenaan.

Perancangan bagi membina lapangan terbang tersebut telah diumumkan buat kali pertama pada 2018.

Ketika ini Lapangan Terbang Antarabangsa Addis Abba menjadi hab utama dan terbesar penerbangan di Afrika.

Dijangkakan kapasiti penumpang bakal bertambah sebanyak 25 juta penumpang setahun.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD